LEBIH MANIS LETAK JAWATAN


Berdasarakan maklumat dari portal tempatan yang dipetik dari HPK, Khairy  Jamaludin ( KJ ) tidak akan bertanding lagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pemilihan tahun hadapan, suatu perkembangan yang baik.

Tetapi suara dari akar umbi lebih gembira dia letak jawatan sekarang, memandangkan KJ tidak mampu membawa pemuda seperti ketua-ketua pemuda sebelumnya. 

Lagipun rata-rata tahun depan jika pemilihan,  peraturan baru tidak memihak kepada KJ yang mengamalkan politik wang. Jawatan yang ada sekarang adalah atas belian undi. Oleh kerana bapa mertuanya berkuasa, maka ia terlepas walau pun tersenarai sebagai pengamal tegar. Jika tidak percaya rujuk jawatan kuasa disiplin sekarang.

Sejak KJ jadi ketua pemuda 2008, tidak pernah terpapar dimuka hadapan media khususnya akhbar utama kerana tidak ada kewibawaan sebagai memainkan isu penting bangsa. Ini tidak pernah terjadi sebelum ini.

UMNO Malaysia menjadi tempang kerana peranan  sayap pemuda terlalu lemah. Padahal pemuda adalah benteng hadapan parti. Sebaliknya menjadi pintu masuk musuh dari belakang.

Peranan pemuda hari ini lebih kepada orientasi bisness dan timbul lebel baru pemuda UMNO dimana perbualan " Pemuda UMNO Sdn Bhd".

Atas dasar itu lebih manis KJ meletak jawatan sekarang, sekurang-sekurangnya mendapat terima kasih kerana membantu membersihkan UMNO.

Selamat Jalan

Tempang

Banyak Bahagian UMNO berjalan tempang jika ditinjau semasa mesyuarat Agung sepanjang bulan Julai 2010 ini. Mengambil contoh Bahagian Sungai Petani, Bahagian Bukit Bendera, Bahagian Kelana Jaya dan banyak lagi akan kedengaran. Itu berdasarkan berita-berita yang dipaparkan dimedia. Jika diteliti satu persatu, sudah tentu lebih banyak lagi bilangannya.

Ketempangan ini berlaku kerana banyak faktor. Ia bergantung kepada persekitaran tempatan. Antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tidak sama. Perkara ini banyak berlaku dinegeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jika kita melihat model diatas iaitu diPulau Pinang, Kedah dan Selangor. Walau bagaimanapun dinegeri yang masih dikuasai BN berlaku tetapi belum sampai meletup.

Kepimpinan pusat UMNO tidak wajar membiarkan perkara ini berterusan sehingga pilihanraya umum ke 13. Apa kah UMNO ingin terus bergantung kepada kerangka yang sudah robek untuk menghadapi peperangan politik yang lebih besar, menentukan hidup mati?.

Telah banyak pihak mencadangkan hampir sekata. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat UMNO mesti di over haul. Pandangan itu betul dan mesti dipertahankan. Rumahkaca adalah rumah rakyat yang mendalami hati nurani rakyat terbanyak. Tidak ada jalan lain bagi UMNO untuk memberi nafas baru kepada kekuatan UMNO melainkan mengadakan pemilihan UMNO pada tahun hadapan (2011). Hentikanlah tradisi menunggu selepas pilihanraya umum.     Cara itu hanya berkesan jika dilakukan ketika UMNO benar-benar kuat.

Mengikut perlembagaan parti tahun hadapan genap tempoh tiga tahun proses pemilihan dari 2008. UMNO patut menyusun semula kepimpinan mengikut tempoh disamping dapat mengukuhkan UMNO dengan ramai tokoh-tokoh baru yang sah bagi menyesuaikan parti dengan tuntutan zaman
Sony PicturesMoviesTelevisionHome EntertainmentMobileEat Pray Love In Theaters August 13Play NowTo Redeem in-store, click here for locationsFreshClick here for moreSue Wong - Eat Pray LoveVisit NowPlay Word SearchFreshSue Wong

Your Contact Information