Jangan pandang ia berlaku kerana sex-cinta , rogol dan buas sahaja. Sebaliknya kaum ibu wajar melihat desakan-desakan mereka masa lampau hingga terbentuk undang-undang jumud menyebabkan gulungan muda tersepit untuk berkahwin. Kebanyakan suara-suara ibu itu melibatkan ketatnya undang-undang poligami, nafkah, perkahwinan luar sempadan, temuduga perkahwinan, kursus perkahwinan oleh jabatan agama dan memohon untuk berkahwin dengan berbagai syarat yang terpaksa turun naik jabatan agama. Betul, hasrat itu untuk menjaga kepentingan kaum hawa tetapi menyukarkan remaja untuk berkahwin secara sah. Kaum ibu sendiri maha tahu bila nafsu sudah memuncak tidak lagi perlu sijil. Apa perlunya mendapatkan sijil kursus perkahwinan. Bukankah kursus itu hanyalah satu bisness makan-minum dan penceramah sebagai pendapatan tambahan?.Tabiat umat islam menyukarkan perkara yang mudah akhirnya mendatangkan mudharat kepada umat islam juga. Dalam Islam apa yang puteri tahu rukun nikah adalah lelaki, perempuan, wali, ijab dan Kabul; dan saksi sahaja. Mengapa perlu ditambah dengan sijil dan perkara-perkara lain yang bidaah sebagai rukun?. Kahwin diluar sempadan atau luar Negara , kadang-kadang ada pasangan yang dharurat terpaksa segera berkahwin kerana mereka sedar-sedar sudah 'berputik'. Jika ikut proses biasa lambat dan banyak halangan sedangkan masa cepat berubah. Halangan keluarga juga seperti mereka mahu adakan majlis meminang, bertunang dan majlis kahwin bersanding, berinailah sedangkan perut sudah memboyot!. Jika diberitahu akan jadi riuh sekampung. Semua ini kaum ibu kena kaji. Bukanlah sebelum kahwin sahaja, lepas kahwin kena daftar semula , naik mahkamah syariah, bayar denda silap-silap penjara. Anak lahir tak boleh daftar dan dapat surat beranak. Bersusun-susun masalahnya. Itu sebab ramai anak-anak muda yang terlanjur mencari jalan mudah buang bayi. Bila banyak hal lelaki sudah mula tak mengaku, lari dan lepas tangan yang terseksa kaum hawa yang lemah juga.
Pembuangan bayi oleh gadis-gadis yang terlanjur berlaku akibat sex sebelum perkahwinan sudah lama melarut dalam golongan muda terutama dikawasan Bandar yang penuh sesak dan hidup dengan sikap individualistik. Menurut pandangan puteri ia berlaku banyak sebab. Kaum ibu yang mengulas tentang gejala ini terlalu dipermukaan bagi menutup kesalahan mereka lakukan sepanjang hidup mereka masa lampau.
perkahwinan secara sah dengan dengan menggalakkan hantaran mahal, serba satu, serba dua dan upacara yang ditokok tambah bukan-bukan. Sedarkah itu segala-galanya wang . Bukan semua anak muda seperti anak menteri, wakil rakyat dan mereka yang kaya-raya. Sepatutnya kaum ibu menegur, mengkritik supaya perubahan itu tidak menjadi bersaing-saing dan menjadi darah daging orang melayu.
Kempen ' Kami prihatin' menampilkan model-model artis yang menjolok mata. Mereka bukan model yang baik. Apa tidak, setiap hari muka-muka artis disiarkan dimedia kisah kehancuran social mereka. Sepatutnya mereka menjadi model sebagai rujukan kaum muda. Bagaimanapun bukan semua artis begitu tetapi amat kecil bilanganya.
Undang-undang poligami juga masha Allah. Perjuangan kaum ibu kadang-kadang berjuang seperti melawan ketetapan Tuhan tentang jodoh pertemuan serta hikmah disebalik poligami dan sebagainya. Sedarkah ibu-ibu bahawa gadis-gadis hari ini mudah terpikat dengan kematangan?. Lelaki yang matang selalunya sudah berkahwin, jika sudah terpaut alamat nasi lemak buah bidaralah. Kalau kematangan itu menghasilkan 'putik' kemudian lelaki lari kerana tidak sanggup berdepan dengan undang-undang poligami bagaimana?. Bukankah kaum hawa juga yang mangsa?.
Ibu-ibu kena sedar bahawa kadar keseimbangan antara lelaki dan perempuan jauh berbeza. Buktinya dalam senarai kepusat-pusat pengajian tinggi, pentadbiran awam dan lain-lain lagi. Oleh itu gerakan kaum ibu dalam mendesak berbagai perkara jangan emosi hingga lahir undang-undang yang makan diri putera puteri kita. Puteri akan sambung lagi ulasan kami prihatin ini agar kaum ibu buka mata dan telinga dan hati melihat punca-punca ruapan dalam jiwa jenerasi muda-mudi dizaman yang semakin menuntut kembali ibu-ibu menyesuaikan diri dengan zaman kini dan kaum ibu itu bukan selalu betul. Zaman ibu-ibu mengetahui segalanya sudah berakhir. Jangan anggap puteri bersuara keras ini derhaka.
© 2010 Kamal.co.cc. All Rights Reserved. |