Satu ketika dahulu PAS berbuih mulut menuduh UMNO sekular. Agama lain-politik lain. Dunia lain-agama lain . Dihujungnya, bila terlalu taksub dengan takbir!.. UMNO kafir....Takbir…UMNO kafir !. Pendek kata UMNO masak kena kafir pada zaman itu. Lanjutan dari itu berlaku peristiwa Memali, Lubuk Merbau diantaranya yang membawa kepada pertumpahan darah sesama melayu islam. Sekarang suara itu sudah jarang terdengar. Jika ada pun sayup bunyi didalam tekak. Kedalam, parau dan kurang jelas. Sebab langit sudah menimpa kepala. Sekarang kita ulangkaji semula apa yang dikatakan sekularisme itu supaya kita ada garis panduan mengenal kemanusian masakini. Bila kita jarang mendengarnya, maka perkataan ini nanti agak sukar difahami apabila sekali sekala ada orang menyebutnya. Betul tidak?.Satu pekej dengan liberalisma juga bahawa sekularisma adalah satu gerakan pembebasan dibarat untuk menentang ketidak adilan yang dilakukan oleh Institusi gereja Katolik Rom di Eropah pada zaman renaisans abad ke 14M – 17M . Gerakan pembaharuan itu berjaya kerana ada master mind nya disebut ya Bani Israel iaitu Yahudi. Gerakan Pembebasan ? Bebas dari apa? Ok begini , rupanya ajaran dan amalan gereja Katolik Rom itu banyak tokok tambah dalam acara (ritual) tertentu ibadat. Ia tidak mengikut ajaran yang terkadung dalam Bible itu sendiri. Jadi, dalam gereja Katolik Rom itu banyak bidaahnya. Itu sebab mereka menentang. Terdapat dua takrifan sekularisma yang perlu diteliti disini: ( i ) Sekularisme adalah fahaman falsafah yang memisahkan urusan- urusan keduniaan dari urusan agama. Ia meninggalkan peranan (agama kristian) dan tuhan dari segi urusan kehidupan manusia. (ii ) Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi gereja Katolik Rom. Disini dapat kita fahami bahawa hal-hal hidup didunia tidak dicampur adukan dengan urusan agama atau ibadat. Ringkasnya, Dunia suku – akhirat suku. Contohnya, dalam Islam urusan menuntut dan mencari ilmu adalah satu ibadah umum (kifayah) tetapi bagi fahaman sekular mencari ilmu itu tiada kena mengena dengan ibadat atau ketuhanan kerana ia adalah urusan untuk dunia. Gerakan Pembebasan itu sangat berjaya. Maka Liberalisasi sebagai induk terpecah kepada cabang politik, ekonomi dan agama serta sosial dengan fahaman-fahaman tertentu iaitu politik, meluasnya fahaman demokrasi, ekonomi, pula sistem kapitalis dan agama pula adalah sekularisme. Manakala sosial meluasnya fahaman humanisme. Setelah perjuangan menentang gereja Katolik Rom, fahaman sekular sangat berpengaruh dan berkembang . Dari fahaman sekular terbitlah aneka fikiran yang membawa kepada kesesatan. Empat darinya adalah fahaman modenisme, Emferisme, Humanisme dan relatifisme. Artikel oleh Dato Azizan Yaakob. Ekhsan Melayuraya Daily |