---------- Forwarded message ----------
From: kamal@live.com.my
Date: 2 Sep 2020 18:58
Subject:
To: kxvxk.vvv.bunga@bloger.com
Cc:
From: kamal@live.com.my
Date: 2 Sep 2020 18:58
Subject:
To: kxvxk.vvv.bunga@bloger.com
Cc:
Catatan tahun 1941 berkaitan sikap."Satu daripada kalangan-kalangan yang banyak itu ialah kerana kita penakut atau pengecut. Orang-orang asing cukup berani menghadapi perjuangan tidak pilih tempat dan tidak pilih masa. Sebagaimana mereka berani masuk hutan tidak peduli hantu, tidak hiraukan harimau, tidak takut nyamuk tiruk dan malaria, tidak segankan undang-undang negeri. Kayu atau getah atau bijih dan emas.Begitulah mereka berani masuk ke kampung yang jauh-jauh dalam berniaga itu umpama gergaji mata dua sorong makan tarik makan sehingga jikalau dibenarkan harus mereka berani membuka kedai kopi tepi mihrab atau dekat-dekat mimbar pada setiap masjid padahal kita tidak pun berani mencari rezki di tengah terang walaupun dekat-dekat rumah pasung apalagi tempat lubuk cina atau lombong misalnya, hatta di pasar-pasar mereka pun kita tidak berani."(Warta Malaya, 29 April 1941)#shmsejarah-Sahul HM-